Wednesday, 5 November 2014

~Paparkan Nama & Nombor Daftar Syarikat Di Fanpage, Jika Tidak Mahu Di Saman RM5,000~

Assalamualaikum.....

Memandangkan SSM aka Syarikat Suruhanjaya Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai peniaga-peniaga yang berniaga online untuk mempamerkan No Pendaftaran Syarikat di Facebook/Fanpage/Blog...mana-mana peniaga yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan maka SSM tidak teragak-agak untuk mengeluarkan saman sebanyak RM5,000....disini sana serta link yang boleh disemak rakan-rakan blogger yang membuat perniagaan online...sehubungan itu kepada sesiapa yang berminat untuk menbeli barang-barang craft handmade bolehlah pergi ke blog crafting saya dnorazcraft



klik SiNi untuk mengetahui lanjut...............

Paparkan Nama & Nombor Daftar Syarikat Di Fanpage, Jika Tidak Mahu Di Saman RM5,000


Perhatian kepada usahawan yang menjual dan berniaga menggunakan facebook!.
Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini kelihatan mula mengambil tindakan tegas apabila mula mengeluarkan surat amaran kepada mana-mana perniagaan yang gagal memaparkan nama dan nombor daftar syarikat mereka, sama ada di website mahupun fanpage perniagaan mereka.
Post terkini dari website ECommerceMilo.com , memaparkan  satu surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak SSM kepada salah satu perniagaan yang menggunakan fanpage untuk perniagaan mereka. Di dalam surat tersebut, dinyatakan kesalahan pemilik perniagaan tersebut yang tidak memaparkan nama dan nombor syarikat di fanpage. Disebabkan kesalahan, pemilik perniagaan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000 ringgit.

ssm-notice-facebook-page