Thursday, 27 November 2014

~Novel - Merah Voilet Bibirmu~

Assalamualaikum.....

Dalam pada sibuk menyaipkan tempahan crafting sempat jugalah aku baca novel ni sampai habis..huhuhuhu...mmmm touching gak la citer nya..hehehehe...mehhh baca sinopsisnya

SINOPSIS ~ MERAH VOILET BIBIRMU
Dayang Mas Lafina tidak sanggup bersuamikan lelaki tua bernama Tuan Arman. Namun dia dipaksa jua oleh ibu tirinya demi harta dan wang ringgit. Pilihan hatinya Ezroy Aidid itu nun jauh di mata. Sukar baginya untuk menghubungi Ezroy kerana telefon bimbitnya disimpan oleh ibu tirinya. Bagaimana dia mahu ceritakan penderitaan yang ditanggungnya?

Dia nekad dengan keputusannya. Pada hari perkahwinanya, dia melarikan diri dengan bantuan dua sahabat baiknya, Wawa dan Adi. Dia cuba mendapatkan perlindungan Ezroy, namun kerana termakan hasutan dan fitnah, lelaki itu menuduhnya pisau cukur. Akibatnya dia telah didera, diseksa dan dihina serta disuruh menjadi pembantu rumah. Maka, bermulalah episode duka dalam hidupnya.....

Pedih pilu hatinya hanya TUHAN yang tahu. Ikutkan marah mahu sahaja Lafina melarikan diri. Namun bimbang akan dicari orang-orang upahan ibu tirinya, dia rela dirinya ditomah oleh lelaki yang amat dicintai suatu waktu dahulu sehinggalah suatu hari dia koma setelah menjalani pembedahan akibat kecederaan fizikal dan mental yang tidak berkesudahan......

kalu korg nak tau citer selanjutnya korg kenalah baca sendiri novel nih...hihihihi...jangan mareeee..TAPIIII kalu ada permintaan aku taipkn keseluruhan citer novel ini by chapter....