Wednesday, 15 October 2014

~wordless wednesday~

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalu hari ni dah hari Rabu...hurrmmmm lagi 2hari dah hujung....kalu dulu kita selalu tertunggu "bila lah nak hari Rabu??? bila lah hari Jumaat???" tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku kita yang mengejar masa dan waktu "ehh hari ni  hari Rabu ekkk laaahhhh ingatkan hari ni hari Selesa"...sbb tu orang tua-tua selalu berkata kita yang mengejar masa bkn masa yang mengejar kita...itulah yang aku hadapi sekarang begitu cepatnya anak-anak aku membesar...dalam sedar tak sedar tahun depan anak sulung aku akan berusia 17thn..anak kedua aku plak akan berusia 16thn cepatkan masa tu meninggalkan kita...begitu juga dengan anak bongsu aku tahun depan dah darjah 2...walauapa pun aku bersyukur dan terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku dan suami kesihatan yang sempurna untuk mendidik dan melihat anak-anak kami membesar dan sekiranya kami dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik kami berpeluang utk melihat anak-anak gadis kami kegerbang perkahwinan dan sudah tentunya suami aku akan menjadi wali mereka...insya'allah mudah-mudahan...aminnnn