Friday, 31 October 2014

~Salam Jumaat~

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan hari ini dan semoga aku dan keluarga sentiasa berada dibawah dilindungan MU dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh MU begitu juga dengan rakan-rakan blogger ku semoga KAU lindungi, rahmati dan berkatilah mereka semua...aminnnn

Wednesday, 29 October 2014

~Bertukar Wajah~

Assalamualaikum.....

Hari ni jari jemari tetiba rasa gatal plak...hehehehe...dalam kebuntuan dah tak tau nak buat apa aku pun tukau ler aku nyer pic background...huhuhu...okey la sejuk sikit mata aku memandang sikit jer la...harap2 tak ada yang semak or sakit mata nengok blog aku nihhh...

~BiCaRa kU #4~

People need people and friend need friends
And we all need love for full life depends
Not on vast riches or great acclaim
Not on success or on worldy fame
But just in knowing that someone cares
And hold us in thier thoughts and prayers
For only the knowledge that we're understood
Makes everyday living feel wonderfully good
And we rob ourselves of life's greatest need....

When we look up our hearts and fail to heed
The outstretched hand reaching to find
A kindred spirit whoese heart and mind
Are lonely and logging to somehow share
Our joys and sorrows and makes us aware
That life's completeness and richness and depends
On the things we share with our loved ones and friends.....

~Wordless Wednesday~

Assalamualaikum.....

Selamat pagi semua...pagi ni masih tgh plan dan berconggak-conggak...berkira-kira...campur..tolak...darab...bahagi...apa nak buat pagi ni ekkkk...ngeee ngeee ngeee...mmmm...nak berbicaralah pagi nihh..hehehe

Tuesday, 28 October 2014

~Segmen Awesome Blogger Bloglist~

Assalamulaikum...

Hari ni tak der apa nak buat so jengah-jengah ke blog rakan-rakan blogger terjumpa segmen ni kt blog sueakgogeous jadiiiii aku pn lagi nak join arrrr segmen nihhh...jom kita memeriahkan blog nihhhh....




Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

Syarat-syarat

  • Follow blog Invisible Note
  • Like facebook Invisible Note
  • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
  • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
  • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
  • Siap

Tambahan (optional)
  • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

credit to mialiana.com


~Wordless Tuesday ~ BiCaRa kU #3

Ku cuba mengenang seraut wajah dalam angan...
untuk mengikis kesepian yang menyelimuti jiwa...
melafazkan syair cinta bagai seorang pujangga...
melambungkan sukma hingga ke nirwana...
yang ingin ku peluk, namun malah terperuk...
ingin ku raih, walau dengan langkah bertatih...
wahai jiwa yang bersemayang...
jauh dilubuk hati apakah semua ini...
hanya halusinasi atau...
persinggahan sesaat sebuah minpi...
sunyi...
sepi...
bagai ilusi yang tak bertepi...

Monday, 27 October 2014

~KiMCHi~

Assalamualaikum.....

Setiap hujung minggu Kakak aku yang kawen korea tu akan balik melaka dh memang route dia setiap hujung minggu dia akan balik melaka...kt melaka biasalah kami akan berkumpul dirumah pusaka disg. udang riuh rendah dibuatnya rumah tu...so aktiviti hujung ni buat kimchi dah lama rasanya tak buat and makan kimchi apa lagi KiMCHi iN THe HoUSe...bila nengok jer gambo kimchi kt FB apa lagi abang2 aku yang lain smua order memasing nak...






~BiCaRa kU #2~

Yang terbaik telah kembali
bersama teduhnya awan
mencintai dengan sepenuh hati
kembali ke ribaan tuan
tanpa dusta
tanpa rasa takut kehilangan
kau kan temukannya kembali
untuk mengajak mu pergi
mencari sesuatu yang terbaik
bersama hembusan angin
menanti masa depan
penuh harapan
penuh cinta
dan.......
penuh sihir cinta milik kita....
HANYA KITA....

p/s : you alwiz be MiNe my lovely Hubby.....

~Monday Bluesss~

Assalamualaikum...

Selamat Hari Isnin Semua...mulakan hari anda semua dengan ceria dan selamat berkerja...ngeee ngeee ngeee

Friday, 24 October 2014

~ SeLaMaT TaHUN BaRu 1436 ~


Assalamualaikum.....

Insya'allah hari Jumaat ni tanggal 24 Oktober 2014 kita semua akan menyambut Tahun Baru 1436 bersamaan 1 Muharram 1436 dimana catatan amalan kita sepanjang tahun 1435 akan ditutup dan diserahkan kepada Allah SWT dan akan digantikan dengan catatan yang baru. Oleh itu sebelum catatan saya bagi tahun 1435 ditutup saya dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada blogger-blogger semua yang baru dikenal seandainya ada kata-kata dan tulisan saya diblog yang mengguris hati anda semua dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja dan begitu juga kepada blogger-blogger yang blogwalking saya memohon maaf kepada anda semua...

Mohon jua tolonglah ingatkan kepada blogger-blogger dan kawan-kawan " Barang siapa yang memperingatkan bulan Muharram kepada saudara seIslamnya maka api neraka diharamkan menyentuhnya"....aminnn....




~ Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love ~

Assalamualaikum....

Segmen ni plak dari blog khatyaiman..hehehe...hari ni keja aku blogwalking ke blog blogger-blogger yang ada dlm follower and circles aku dan juga yang tidak berada dalam follower and circles aku...salam perkenalan dari aku.... 



p/s : selamat bersegmen semua......

~ 'Segmen Blog Review 48 Jam #1'~

Assalamualaikum.....

Nak join segmen lagi nih....tadi singgah ke blog MiaLiana terjumpa plak segmen ni then apa lagi singgah..jengok dan follow blog Wanie....bukan apa aku ni boleh dikatakan blogger baru la so aku mengambil kesempatan untuk join mana-mana segmen atau giveaway...

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/10/segmen-blog-review-48-jam-1.html
Segmen Blog Review 48 Jam #1

Hai semua!Jemput join segmen simple ini.Syarat mudah je. :)

Syarat Penyertaan Giveaway.

1.Follow blog Wani.

2.Buat entri bertajuk 'Segmen Blog Review 48 Jam #1'.

3.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

Copy Coding Entri Yang Disediakan:

4.Tinggalkan URL entri anda dalam ruangan komen entri ini.

5.Segmen ini berlangsung dari 23/10/2014 (9:00 a.m) hingga 25/10/2014 (9:00 p.m).

Berapa bilangan pemenang?Wani akan review blog semua peserta jadi kesemua peserta menang! =D Jadi,apa tunggu lagi,jomlah join! :D


p/s : Jom kita memeriahkan segmen ni....


~SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2014~

Assalamualaikum.....

Pagi ni nak join segmen baru walaupun clossing datenya dah dekat...tapi tak per janji dapat kenal dengan blogger-blogger blog yang lain....kali ni dari blog Rrsya Eyrdina....selamat bersegmen semua...


~Salam Jumaat ~

Assalamualaikum....

Salam Jumaat Semua...Penghulu Segala Hari kita mulakan dgn wirid Yaa Allah(1000x) smoga kita sama2 mendpt keberkatanNYA...

Thursday, 23 October 2014

~Lazzy Working Day~

Assalamualaikum.....

Aduuuhhhhh malasnya nk keja hari ni anak2 pn sedang bercuti sampai hujung minggu ni....but then still planning nk buat apa hujung minggu ni....

Tuesday, 21 October 2014

~KPoP KoREaN~

Assalamualaikum....

Akhir-akhir ini terlalu ramai fanatic dengan Kpop apatah lagi heboh dengan Running Man bagi aku plak ikut jugak la Running Man and layan jugak la citer-citer Korea ni kekadang tu buhsan gak la sbb dalam family aku ada Kpop Family dan aku paling suka mkn kimchi homemade by my sister...hehehe...

She is my sister no 9 and she married a Korean Man

This my sister older son 19thn..We call him Along aka Amin...Dia seorg yang pendiam tk banyak ckp but sesekali bila angin gegila dia sampai abis smua org dia buli...


He is 2nd son and 18thn..We call him Angah aka Botak...Haaaa dia ni sorg yang periang dan kami gelarkan kanak-kanak periang rebina...He also full with sense of humor and lovely and really love his sister and his mon...


He is 3rd son 14thn....Well call adam aka gemuk aka kungfu panda....hahaha...Dia sorg yang periang and kuat makan dan juga sorg yang pandai masak.....


She is the youngest and the only gurl and daughter in the house 12thn...She so lovely and pretty...Dia juga seorg yang manja dan selalu kena buli dgn abang2nya dan juga dengan uncle2nya....hahahaha...and we call her Nyonya.....

~ "9 Awesome Blogs Of The Month",~

Assalamualaikum....

Hari ni join lagi segmen yang diperkenalkan oleh incik zumal iaitu  "9 Awesome Blogs Of The Month" by Sue ak Go Geous..sesiapa yang berminat nak join mehh lerrr klik kt link yerrr...



GudLuCk!!!!! kepada sesapa yang dh join segmen nihhh....

~TuESDaY~

Assalamualaikum.....

Aaaddduuuhhhaaaiiii hari ni mood keja mmg tak ada sok dh la cuti raya deepavali...hari memasing keja mcm nak tk nak jer...huhuhu...apa2 pun selamat menjalankan tugas semua....

Monday, 20 October 2014

~SeLFiE~

Assalamualaikum.....

All my kids..my niece and my nephew mmg kaki selfie pantang dapat berkumpul atau berjumpa abis tab aku penuh dengan gambo-gambo selfie dorg...ini adalah sebahagianya dan akan ada banyak lagi akan datang sekiranya aku diberikan dan dikurniakan kesihatan yang sihat insya'allah aku akan berkongsi dengan blogger semua ...



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015

Assalamualaikum.....

Saya terjumpa Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015 
incik Zumal so apa lagi aku pun join lah segmen ni...semoga ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama blogger...


Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.



Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com


Thank you for your support!


~sori~

Assalamualaikum......

Saya rasa tentu ada blogger-blogger yang tertanya kenapa setiap hujung minggu saya tak ada buat apa-apa post kt blog saya ni...maaf la yekk sebenarnya hujung minggu memang saya jarang online tak kira diblog ataupun di facebook sebab bagi saya hujung minggu adalah hari yang amat berharga buat saya sekeluarga dimana dihujung minggu sajalah saya dapat bersama-sama dengan anak-anak dan shuben saya apatah lagi anak sulung saya tinggal diasrama...waktu kerja yang padat kekadang sampai jer rumah dah mula sibuk nak masak kemudian tu selepas selesai jer makan malam angah dengan adik dah mula nak masuk tido tinggal aku berdua dengan shuben berbual tentang keja memasing...bila tiba hujung minggu macam-macam yang saya lakukkan dengan anak-anak dan shuben...saya harap blogger-blogger semua faham dan harap maklum yer....

~monday blues~

Assalamualaikum.....

Selamat pagi and monday bluesss...hehehe...selamat berkerja semua...hurmmm jgn ada yang ngelat ekkk keja hari ni almaklum minggu ni keja 3hari jer...hehehe...mesti ada yang dah planing weekend ni nak bercuti-cuti kemana yer la cuti panjang tuhhh...yooookkkkk share kt comment box "Planing Percutian Anda".....

Friday, 17 October 2014

~Salam Jumaat ~

Assalamualaikum....

Salam Jumaat Semua...Penghulu Segala Hari kita mulakan dgn wirid Yaa Allah(1000x) smoga kita sama2 mendpt keberkatanNYA...

Thursday, 16 October 2014

~khamis & thursday~

Assalamualaikum....

Sekejab jer dah hari khamis hari ni....pergghhhh awat lak pagi  ni mata ngantuk giler nihhhh...nak kata tido lambat malam tadi tak jugak mungkin sbb letih kot banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan...walauapa pun syukur alhamdulillah semalam Angah dah habis menduduki peperiksaan PT3 dan hari ni sekolah Angah adakan majlis akhir tahun bagi Pengawas Sekolah...sebagai seorang ibu akan mendoakan semoga Angah mendapat keputusan yang baik dan lulus dalam peperiksaan PT3 ini...mudah-mudahan...aminnnn


Wednesday, 15 October 2014

~wordless wednesday~

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalu hari ni dah hari Rabu...hurrmmmm lagi 2hari dah hujung....kalu dulu kita selalu tertunggu "bila lah nak hari Rabu??? bila lah hari Jumaat???" tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku kita yang mengejar masa dan waktu "ehh hari ni  hari Rabu ekkk laaahhhh ingatkan hari ni hari Selesa"...sbb tu orang tua-tua selalu berkata kita yang mengejar masa bkn masa yang mengejar kita...itulah yang aku hadapi sekarang begitu cepatnya anak-anak aku membesar...dalam sedar tak sedar tahun depan anak sulung aku akan berusia 17thn..anak kedua aku plak akan berusia 16thn cepatkan masa tu meninggalkan kita...begitu juga dengan anak bongsu aku tahun depan dah darjah 2...walauapa pun aku bersyukur dan terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku dan suami kesihatan yang sempurna untuk mendidik dan melihat anak-anak kami membesar dan sekiranya kami dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik kami berpeluang utk melihat anak-anak gadis kami kegerbang perkahwinan dan sudah tentunya suami aku akan menjadi wali mereka...insya'allah mudah-mudahan...aminnnn

Tuesday, 14 October 2014

~segmen kenal kita?? by min~

Assalamualaikum.....


Tengah2 boring tadi saja jalan blogwalking ke blog blogger yang lain...tetiba plak terjumpa plak segmen ni kt blog Nadya apa lagi bila baca segmen ni menarik plak...meh la join smoga dpt mengeratkan persahabatan sesama blogger....


~KLiK SiNi~


10 FACT ABOUT ME

1. Merupakan ibu kepada 3org anak yg sedang meningkat remaja.
2. Anak yang ke 10 daripada 11 orang adik-beradik.
3. Seorang yang periang dan peramah serta mudah dan cepat mesra dgn org sekeliling.
4. Obses dengan kucing.
5. Suka menghabiskan masa yang terluang dengan keluarga dan adik-beradik serta jiran terdekat.
6. Minat membaca novel dan suka mengumpul Novel.
7. Suka memasak walau lambat macamner sekalipun akan tetap memasak utk anak2.
8. Bukan sorang yang pemarah dan pendendam.
9. Minat dalam bidang menjahit terutama Krafting.
10. Yang penting berusia 39thn thn ni ..tahun depan dah masuk 4series....hahahahaha

p/s : sesiapa yang berminat nak join segmen nih mehh klik link kt atas tuhhh....

~ mewangi by akim ahmad ~

Assalamualaikum....


Aku pun tak tau macamner aku boleh suka sangat lagu Mewangi by Akim Ahmad....i really adore lagu nihhh.....





~BiCaRa kU #1~

Cinta adalah persahabatan
Kemulian cinta adalah keagungan
kesucian cinta adalah kemurnian
Keagungan cinta dan kemurnian
Berasal dari tulusnya perasaan
Cinta yang didasari perasaan yang suci
Cinta yang didasari rasa persamaan
Cinta yang didasari persahabatan
Adalah cinta yang tidak pernah
akan habis sampai akhir zaman
itulah indahnya cinta dalam PERSAHABATAN.........


p/s : walaupun dlm keadaan moody tapi sempat gak taip bingkisan ni...


~ moody ~

Assalamualaikum...

Hari ni mmg tk mood nak buat keja...tetiba rasa malas plak nk buat keja...aaaddddoooiiiiii...tulunnnn...hehehehe

Monday, 13 October 2014

~ All about us ~

Assalamualaikum...

Last weekend mmg bz dgn weeding my cousin kt Kajang, Selangor...so now i'll upload all the moment and the memories that we had on that day...











~ hujung minggu ~

Assalamualaikum....

Hujung minggu yang begitu memenatkan sbb aku berada di Kajang Selangor menghadiri Majlis Perkahwinan Abg Sepupu...seperti biasa la bila dh berlonggok dgn adik-beradik kecoh jadi nasib baik lah makngah sediakan homestay aku dan adik-beradik aku yg lain abis tunggang langgang homestay tu kami adik beradik keja..hahaha...apa2 pn aku bersyukur walaupun kami tiada lagi Abah dan Ibu tetapi kami adik beradik tetap bersama dalam jua keadaan...we still together not matter what or not matter how...I love all my siblings....

Thursday, 9 October 2014

~ mY DaUGHTeR ~

Assalamulaikum...

Anak sulung aku mesra dengan panggilan aLoNG berusia 16thn dan bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Melaka...aLoNG aktif dalam bidang sukan hoki dan merupakan pemain hoki bagi Negeri Melaka sebagai seorang Ibu aku akan sentiasa menyokong apa jua bidang dan kesukaan anak aku dalam masa yang sama aku juga tetap bertegas dalam perkara-perkara tertentu...Sebagai seorg Ibu juga aku sentiasa berdoa agar aLoNG berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi berjaya dalam pelajaran dan smoga menjadi anak yang solehan dunia dan akhirat...insya'allah...aminnn


aLoNG bersama Malaysia Hockey Players

~ LiNTaNG PuKaNG ~

Assalamualaikum... & Selamat Pagi...

Apabila blog lama dah hilang aku pun pada mulanya tak nak dah buat blog lagi...tapi bila aku pikir balik dan puas pikir akhirnya aku buat keputusan untuk buat balik dan aktif semula untuk blogging nihh...aku memang minat blogging tapi disebabkan sebelum ni aku kesuntukkan masa yang terlalu padat habis semua hilang...Jadi sekarang aku akan mula blogging semula dan harap dapat rakan-rakan dan teman-temam dari blogger sediada memberi sokongan...Salam Perkenalan Dari Saya dan Jangan Lupa Follow Blog Saya....tQ

~ GiveAway by Gobokita : Aksara Biru ~

Assalamualaikum... & Selamat Pagi....

Hari ni aku nak join segmen give away plak...

Dan GiveAway pertama yang aku join ialah dari BLoG Aksarabiruu...semoga dengan penyertaan ini akan bertambahlah followers aku dan juga rakan-rakan blogger dari blog yang sedia ada...Insya'allah....


Kepada yang berminat untuk join GiveAway ni mehh klik ~SiNi ~ sebelum terlambat...
Terdapat pelbagai hadiah menarik disediakan tarikh tamat 1 November 2014....

Hadiah :
3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pink


~ WoRDLeSS THuRSDaY ~

Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Addoiiiii pagi ni drive nak gie macam2 hal...dah jalan raya jam giler dah plak tuhhh ada yang macam angin plak pepagi nihhhh....ya allah menguji kesabaran betullah pagi nihh...apa2 pun alhamdulilah selamat sampai di pejabat.....

Wednesday, 8 October 2014

~ Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A ~

Assalamualaikum..Selamat Pagi....

Dahulunya saya adalah blogger tegar tetapi sudah bertahun2 saya tidak aktif lagi dalam menulis dan menconteng-conteng dalam blog...Dan sekarang saya ingin kembali untuk menulis dan menconteng-conteng blog saya...Untuk pertama kalinya saya akan join Segmen Giveaway Nadya Shafiqa dan Alia Ali Ahmad...Semoga dapat berkenalan dengan blogger2 dr blog yang sediada...Salam Kenal dr Saya....



~ CiNTa ~

kata yang tidak asing lagi bagi semua orang..
tapi kata "CiNTa" bisa membuat segelintir orang merasa bahagia..
"CiNTa" memberi kesejukan jiwa jika diresapi dengan kepercayaan..
kepercayaan antara dua insan yang sama-sama merasakan "CiNTa"..
tetapi apakah "CiNTa" begitu bermakna bagi si dia..??
nikmatilah "CiNTa" seperti apa adanya..
jalani penuh makna yang membuat pasangan bahagia..
tapi jangan cuba-cuba sakiti "CiNTa"..
kerana luka "CiNTa" sangat dalam..
dan tak terhitung waktu untuk menyembuhkannya.......





~ mY HeaRT & mY SoUL ~

This is my heart and my soul...I wish and  hope they never growup...I miss their childhood time...Ibu Love Of You So Much.....


Tuesday, 7 October 2014

~ DoNe ~

Untuk hari ni cukuplah setakat ini saja...hari aku telah settingkan background dan macam2 lagi lah but sok mungkin akan buat yang lain2 plak...huhuhu

~ iTs New ~

this blog just a story about me..us..family and my lovely cats